Panduan Membuat Pesanan
www.KedaiJeunesse.Lot.My

 

1. Klik pada imej produk yang ingin di pesan.

2. Laman info produk seperti berikut akan dipaparkan:

Isikan bilangan yang ingin dipesan di kotak Qty:, kemudian tekan butang “Add to Cart”. Butiran pesanan akan ditunjukkan di ruangan “Shopping Cart” seperti ditunjukkan di bawah:

Untuk tambah produk seterusnya, klik pada butang “Related Products” seperti ditunjukkan di bawah. Kemudian klik pada imej produk berkenaan.

Isi bilangan yang hendak dipesan dan tekan butang “Add to Cart” seperti tadi. Butiran pesanan akan dikemaskinikan oleh sistem seperti paparan di bawah:

3. Bila sudah selesai membuat pilihan dan bersedia untuk membuat bayaran, klik butang “Checkout”:

4. Kemudian anda akan dibawa ke laman “Login” seperti dipaparkan di bawah:

Sekiranya anda pernah membuka akaun dengan mana-mana laman Lot.My, anda boleh terus “Login” dengan menaip alamat emel dan katalaluan di kotak berkenaan.

Sekiranya belum pernah mendaftar, klik butang “Continue”. Anda akan dibawa ke laman pendaftaran.


Isi maklumat di kotak-kotak berkenaan (First Name = Nama sendiri; Last Name = Nama Bapa). Katalaluan (Password) hendaklah antara 7 hingga 19 aksara. Untuk bahagian “Newsletter”, sila klik butang “Yes” sekiranya anda ingin menerima maklumat terkini dari pihak kami. Contoh seperti di atas.

Setelah selesai, klik butang “Continue”.

Laman yang memaklumkan akaun anda berjaya dibuka akan muncul di skrin; klik butang “Continue” untuk teruskan proses membuat pesanan:

5. Proses seterusnya: skrin “Troli Beli Belah” akan dipaparkan:

Semak butiran pesanan anda, kemudian klik butang “Checkout” untuk membuat pembayaran.

Butang “Continue Shopping” adalah untuk menambah produk lain.

Sekiranya ingin menambah bilangan yang hendak dipesan atau membatalkan sesuatu produk, buat perubahan seperti ditunjukkan di bawah:

Dalam contoh di bawah, bilangan Serum Peremajaan ditukar kepada “2” dan pesanan untuk Pelembab Harian dibatalkan dengan mengklik kotak di sebelah kiri imej produk. Tekan butang “Update”, maklumat pesanan akan dikemaskinikan oleh sistem.


6. Apabila butang “Checkout” diklik, anda akan dibawa ke laman maklumat penghantaran.

(Nota: Klik butang "Change Address" untuk meminda alamat. Ikut arahan seperti yang telah ditunjukkan)

7. Tekan butang “Continue” untuk langkah seterusnya; memilih cara pembayaran – CIMB atau Maybank (Pindahan online atau ATM). Setelah selesai memilih, tekan butang “Continue”.


Paparan seterusnya adalah mengenai maklumat pesanan:

Klik butang “Confirm Order” untuk mengesahkan pesanan anda, mesej pesanan telah diterima akan dipaparkan. Klik butang “Continue” untuk kembali kembali ke laman utama.

8. Sila buat bayaran berkenaan dan buat salinan resit untuk diemelkan kepada pihak kami sebagai bukti pembayaran.

9. Emelkan resit kepada kami di brahem165@gmail.com atau muatnaik melalui akaun anda; Login ke akaun anda (jika sudah Log Out) di:
http://kedaijeunesse.lot.my


Untuk log masuk, klik menu “Log In”, isikan alamat emel dan katalaluan yang digunakan semasa pendaftaran di laman yang dipaparkan.

Klik butang “Login”. Laman berikut akan dipaparkan:

(Nota: Selain dari mengemukakan bukti pembayaran, anda juga boleh menyemak status pesanan anda melalui rantaian yang disediakan di laman ini.)

Klikdi rantaian “View my order history”, laman berikut akan dipaparkan.


Klik butang “Submit Payment Proof”, paparan seterusnya adalah laman “Proof of Payment”:

Klik butang “Browse...” untuk memilih dan memuat naik fail resit bayaran. Kemudian klik butang “Submit Payment Proof” untuk mengirimkan resit kepada kami. Mesej resit berjaya dihantar akan dipaparkan. Klik “Continue” untuk proses seterusnya...

10. Untuk menyemak status pesanan produk anda; klik di rantaian “View my order history” seperti ditunjukkan sebentar tadi.

Klik butang "View" untuk melihat maklumat lanjut. Berikut contoh paparan skrin:

Dalam contoh ini, produk telah diposkan kepada pelanggan. Bukti pembayaran boleh dilihat dengan mengklik rantaian “here” seperti ditunjukkan dengan anak panah.

Kami juga ada menghantar emel kepada anda mengenai status pesanan produk anda.


Itu saja, terima kasih. Jika ada sebarang masalah, emel: brahem165@gmail.com

 

Agen diperlukan di kawasan anda, pra-daftar sekarang!!!